9
MIMPI RASULULLAH
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku
sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut
dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada
api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut
ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gulita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya
dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK
SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Post a Comment